Pihak Madrasah An Nur Al Islamiah mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka di MADAN.

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di poster.

Untuk Pendaftaran Online Sila Klik Link Di Bawah

 

PENDAFTARAN PELAJAR 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

KURSUS KEMAHIRAN AMBILAN OKTOBER-NOVEMBER DIBUKA

Kami Sedang Mencari BELIA Yang Berminat Nak Sambung Belajar:-
👍 Warganegara 16-25 tahun
👍 UPU Tidak Berjaya
👍 Dapat UPU, tapi Bukan Pilihan 
👍 SPM Tidak Cemerlang
👍 Tamat Ting.3/Tahfiz
👍 Berhenti Sekolah/ Tak Minat Bersekolah

Pihak Madrasah An Nur Al Islamiah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64. Semoga tahun ini, kita bersama berganding bahu dalam menghadapi serangan virus Covid-19 yang telah mengorbankan banyak nyawa. Semoga tahun ini kita dapat menang bersama dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

KITA PASTI MENANG. MALAYSIA PRIHATIN. KITA JAGA KITA.

AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG ANDA.

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak Madrasah An Nur Al Islamiah dan para guru mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada YB Datuk Haji Awang bin Hashim, Ahli Parlimen Pendang atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia. 

Pihak MADAN juga mengucapkan tahniah kepada seluruh jemaah menteri yang dilantik di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri ke-9.

Semoga Allah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada semua untuk menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat. 

Assalamualaikum..
Untuk maklumat PdPR akan di sambung bagi negeri kumpulan A bermula pada:

🔰25/7(Ahad) - 30/8/2021(Isnin)

📌 Kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke-79 pada hari Ahad, 20 Jun 2021, bersamaan 9 Zulkaedah 1442H.
 
Daulat Tuanku.

Untuk maklumat lanjut, tekan link di bawah:

https://www.ansarataiping.com/scholarships

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Makluman Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Penggal 2 Tahun 2021

Pengurusan dan pengoperasian sekolah secara PdPR dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 13 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021.

💥25 HARI PdPR💥

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.
Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau

ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.