Pada 26 April yang lalu, Pihak Madrasah An Nur Al Islamiah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama guru dan pelajar di perkarangan sekolah.

Majlis bermula dengan bacaan yassin dan tahlil kemudian diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman yang juga ADUN Tokai dan EXCO Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah.

Beliau mengingatkan para guru dan pelajar agar menjaga SOP yang telah ditetapkan supaya tidak wujud kluster melibatkan pendidikan yang akan membawa kepada penutupan sekolah.

Turut hadir memeriahkan majlis, YB Datuk Haji Awang Hashim Ahli Parlimen Pendang merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, tetamu-tetamu jemputan, guru SRITI Tarbiyatul Aulad dan para waris.

Menu berbuka puasa pada petang itu di masak sendiri oleh Mudir MADAN, Ustaz Abdul Rahman Hassan dan dibantu oleh guru-guru dan pelajar.