Pihak Madrasah An Nur Al Islamiah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di MADAN khususnya dan Malaysia amnya.
Bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu, "Berguru Demi Ilmu, Bina generasi Baru", marilah kita sama-sama sebagai waga pendidik berganding bahu untuk memartabatkan ilmu sebagai wasilah untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Dengan ilmu juga, kita perlu membina generasi baru pada hari ini agar mereka dapat berfikiran dengan waras dan matang dalam menentukan antara baik dan buruk.
Allah berfirman dalam Al Quran, surah al-Mujadila ayat 11 yang bermaksud : "supaya Allah s.w.t. meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orag yang diberi ilmu pengetahuan agama dengan beberapa darjat"
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud : "barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah s.w.t. akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga"
https://www.facebook.com/100007942563425/videos/2892229127718478/